Sepang, Selangor: 4 Julai 2023 – YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, dijemput menyertai santapan pagi dan sambutan keberangkatan tiba Baginda berdua bersama Orang-orang Besar Istana dan kerabat diraja di Kompleks Bunga Raya, KLIA Sepang yang bermula jam 4.00 pagi.
Alhamdulillah keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta rombongan telah selamat tiba dari menunaikan ibadah haji pada 5.35 pagi.