Bukit Jelutong, 18 September 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah mengadakan suatu Program Anti Rasuah Penguatkuasaan iaitu Taklimat dan Bengkel Pemantapan Tatakelola dalamPenguatkuasaan.
Sesi taklimat disampaikan oleh Ps Mohammad Izzat bin Mhd Noor, Pegawai Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM Negeri Selangor. Para peserta kemudian ditugaskan untuk menganalisa kes sebenar yang dikendalikan oleh SPRM.
Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai JBPM Negeri Selangor tentang bentuk – bentuk rasuah dan salah guna kuasa serta hukuman yang terdapat di Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta 694).