18 September 2024 – Bertempat di Dewan Cemerlang Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, Majlis Perasmian Audit Pematuhan (Compliance Audit) bagi pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 telah dirasmikan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman ,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Turut hadir bersama YS PKPjB Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Audit ini dikendalikan oleh empat orang pegawai Juruaudit daripada Jabatan Kimia Malaysia.