Rawang, 11 Ogos 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah hadir merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Zon 6 yang diadakan di Taman Rimba Hutan Komanvel Rawang.
Perkhemahan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang telah diadakan pada 10 – 11 Ogos 2024 ini melibatkan 9 PBS dengan penyertaan seramai 80 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PBS Zon 6.
Perkhemahan ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama dikalangan pasukan PBS di bawah jagaan Zon 6, JBPM Negeri Selangor dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dikawasan jagaan PBS masing-masing.
PgKB II Ahmadi bin Mohd Hassan, Ketua Zon 6, turut hadir mengiringi Pengarah bersama Pegawai Bahagian Operasi, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Zon, Ketua-ketua Balai dan semua PBS dari Zon 6.