BUKIT JELUTONG, 9 Ogos 2024 – Jabatan melalui PERSKEB JBPM Negeri Selangor adakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen sempena kejohanan SUKBOM 2024 Negeri Kedah & Perlis kepada Ketua Kontinjen BOMBA Selangor yang akan ke SUKBOM 2024. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor Merangkap Yang Dipertua Persatuan Sukan,Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB)
Mendoakan semoga Kontinjen Selangor akan beroleh kemenangan yang cemerlang di kejohanan SUKBOM 2024 nanti.
Turut hadir Penolong-penolong Pengarah Bahagian dan Ahli Jawatankuasa PERSKEB Selangor bagi menjayakan majlis yang diadakan ini. Turut memeriahkan majlis persembahan Khas dari Pasukan Mr. Wonderful dan Pasukan Tarik Tali bagi menaikkan semangat juang Kontinjen Selangor.
Tahniah dan syabas !!
“Ayuh… Ayuh… Selangorku”