BUKIT JELUTONG, 10 Jun 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor mempengurusikan Mesyuarat Pembukaan Sesi Audit pada kali ini yang akan bermula pada 10 hingga 14 Jun 2024.
Turut hadir pada Mesyuarat Pembukaan Audit kali ini adalah Semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan 10 Ketua Balai yang terlibat serta Urusetia ISO JBPM Negeri Selangor bersama Pegawai-pegawai Auditor yang telah dilantik diketuai oleh PgKB I Mohd Ishak bin Sibok, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM.