BUKIT JELUTONG, 14 Jun 2024- YBrs. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor mempengurusikan Mesyuarat Penutupan Audit pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, yang mana proses pengauditan ke Bahagian / Zon dan 10 Balai telah bermula pada 10 jun 2024 yang lalu.
Turut hadir pada Mesyuarat Penutupan Audit kali ini adalah PPjB Mohamad Zin bin Salleh dari Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat, JBPM selaku Konsultan ISO Jabatan bersama PgKB I Endi Sherimi bin Mohd Adzmi, Unit Integriti, Ibu Pejabat JBPM selaku Ketua Pemantau Audit ABMS serta semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan 10 Ketua Balai yang terlibat termasuk Urusetia ISO JBPM Negeri Selangor bersama Pegawai-pegawai Auditor yang diketuai oleh PgKB I Mohd Ishak bin Sibok.
Mesyuarat Penutupan Audit kali ini berakhir dengan penyerahan dokumen laporan audit oleh Ketua Auditor kepada YBhg. Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor, dan semua Pegawai Auditor juga turut menandatangani Buku Lawatan serta bergambar kenang-kenangan bersama YBhg. Timbalan Pengarah dan Pegawai yang terlibat dengan audit kali ini. Semoga JBPM Negeri Selangor akan beroleh keputusan yang cemerlang, Insya Allah.