BESTARI JAYA, 15 September 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail turun ke lokasi Kebaran Hutan di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya bagi membuat tinjauan operasi pemadaman yang dilakukan oleh Pasukan Bomba bersama agensi bantuan yang terdiri daripada BOMBA : 23 Pegawai, APM : 5 Pegawai, Jabatan Perhutanan : 20 Pegawai, Global Environment Centre : 8 Pegawai dan Unit Pengurusan Bencana Negeri: 3 Pegawai. Penerangan operasi pemadapan kepada YS Pengarah oleh Ketua Zon 7SL Selangor Utara di PKB.
Tindakan Operasi dibahagiakan kepada 3 Team
Team 1 seramai 19 orang anggota terdiri daripada JBPM Selangor & APM melakukan fire break di kawasan sektor 1 di parit 10.
Team 2 seramai 13 orang terdiri daripada anggota Jabatan Perhutanan melakukan fire break di sektor 2 parit di parit 8
Team 3 seramai 6 anggota daripada JBPM Selangor untuk melakukan pemadaman di sektor 3 di parit 8.
Unit dron juga digerakkan bagi membuat pemantauan keluasan di kawasan kebakaran bagi memudahkan pasukan pemadam mencari hotspot yang terdapat di kawasan kebakaran.
Status Pemadaman
- Jumlah Keluasan Kebakaran = 4 HEKTAR (24 EKAR)
- Jumlah Pemadaman = 3 EKAR / 24 EKAR = 12.5 %
- Baki Kebakaran = 24 EKAR – 3 EKAR = 21 EKAR
Operasi pemadaman pada hari ini ditangguhkan pada jam 1800, dan akan disambung semula pada jam 0800 (16 September 2023) bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Turut hadir bersama YS Pengarah adalah Ketua Zon 7SL Selangor Utara dan Komander Operasi PgB Muhammad Raffanjani bin Rahim.