BUKIT JELUTONG, 15 September 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor mempengurusikan Mesyuarat Penutupan Audit pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, yang mana proses pengauditan ke Bahagian / Zon dan 10 Balai telah bermula pada 11 September 2023 yang lalu.
Turut hadir pada Mesyuarat Penutupan Audit kali ini adalah YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah dan YBhg. PPjB Mohamad Zin bin Salleh dari Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat, JBPM selaku Konsultan ISO Jabatan serta Semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan 10 Ketua Balai yang terlibat termasuk Urusetia ISO JBPM Negeri Selangor bersama Pegawai-pegawai Auditor yang diketuai oleh PgKB I Amram bin Jaya.
Mesyuarat Penutupan Audit kali ini berakhir dengan penyerahan dokumen laporan audit oleh Ketua Auditor kepada YS Pengarah, JBPM Negeri Selagor, dan semua Pegawai Auditor juga turut menandatangani Buku Lawatan serta bergambar kenang-kenangan bersama YS Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai yang terlibat dengan audit kali ini. Semoga JBPM Negeri Selangor akan beroleh keputusan yang cemerlang, Insya Allah.