BUKIT JELUTONG, 27 September 2023 – Mesyuarat Penutup bagi Audit kali ini dipengerusikan oleh YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor.
Turut hadir pada Mesyuarat Penutup Audit kali ini adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Wakil-wakil Bahagian, Ketua Cawangan Kewangan, Pegawai Unit Pembanguan, Ketua Cawangan Pentadbiran Am JBPM Negeri Selangor bersama Pegawai dan Kakitangan Cawangan Kewangan serta Pegawai Auditor dari Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.
Sesi pengauditan ini selama 3 hari bermula pada 25 September 2023 dan berakhir pada petang ini. Semoga dengan pengauditan yang dilaksanakan untuk memastikan Pengurusan Kewangan JBPM Negeri Selangor akan lebih baik dan cemerlang untuk masa hadapan.
Timbalan Pengarah juga turut menyampaikan Cenderahati kepada Ketua Auditor dan barangan kempen keselamatan kebakaran kepada Pegawai-pegawai Audit dari Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor sebagai kenang-kenangan.
