SHAH ALAM, 28 September 2023 – Bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah dijemput hadir bersama Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan bagi mengimarahkan majlis sambutan pada kali ini. Turut hadir PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad serta Ketua Zon 1SL Shah Alam dan Ketua Zon 2SL Petaling bersama wakil Pegawai-pegawai dari JBPM Negeri Selangor.
Majlis tersebut turut diadakan alunan Berzanji dan Selawat oleh Kumpulan Nasyid, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta segmen sirah Rasullullah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Pahrol Juoi bertajuk, “Rasullullah : Ikon Kepimpinan Integreti dan Kepimpinan Negara Bertamadun”.