BUKIT JELUTONG, 02 Jun 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat bertempat di Surau Aras 2, Ibu Pejabat.
Tujuan JBPM Selangor mengadakan majlis ini ialah untuk kita sama-sama memohon kepada Allah S.W.T agar diberikan rahmat, kesejahteraan & kesihatan kepada warga JBPM khususnya dan negara kita, amnya.
Di samping itu juga bagi mempermudahkan urusan.
Ceramah Agama turut diadakan di Dewan Cemerlang yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Ustaz Jeffry bin Isa.
Yang dihadiri oleh Penolong- penolong Bahagian, Ketua-ketua Zon serta Ketua-ketua Balai. Sesi ceramah juga turut melibatkan 38 Balai hadir secara atas talian bagi mengimarahkan majlis ceramah Bertajuk “Istiqomah Dalam Perjuangan”.