BUKIT JELUTONG, 31 Mei 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima Kunjungan Hormat dari Ybrs Tuan Ismail bin Abu Hashim, Pengarah Negeri Perkeso Negeri Selangor bersama Encik Iskandar Zulkarnain bin Mohd Ibrahim, Ketua Unit (Skim Pekerjaan Sendiri) dan Encik Mohd Iqbal bin Shamsul Anuar, Pegawai (Skim Pekerjaan Sendiri) bertempat Bilik Mesyuarat Dahlia. Majlis disempurnakan oleh PgKB I Hafisham bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat bersama PgKB II Mustakim bin Rimon serta Pegawai- pegawai Bahagian Operasi.
Antara perbincangan telah diadakan adalah :-
1) Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri khusus bagi anggota PBB dan PBS di Negeri Selangor (SPS Madani 2023).
2) Skim Perlindungan Keselamatan Sosial bagi Suri Rumah bagi Pegawai Wanita dan isteri Pegawai Bomba.
3) Perlindungan bagi 20 sektor pekerjaan merangkumi pekerjaan luar dari tugas hakiki.
4) Pusat Rehabilitasi Perkeso di Melaka yang boleh digunakan.