BUKIT JELUTONG, 29 September 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Pengurusan Amanah Raya Berhad yang diadakan di Pejabat, YS Pengarah.
Dalam perjumpaan tersebut YS Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Amanah Raya Berhad berkaitan keselamatan bangunan, termasuk latihan kebakaran, prosedur pemindahan, garis panduan dan perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada Pegawai, Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan Amanah Raya Berhad dan bergambar bersama-sama.