BUKIT JELUTONG, 6 Februari 2024 – Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor yang disempurnakan oleh PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah selesai diadakan pada pagi hari ini.
Majlis tersebut merupakan program tahunan jabatan yang diadakan setiap awal tahun telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor , Ketua-ketua Zon , Ketua-ketua Balai serta warga kerja JBPM Negeri Selangor.
YS Pengarah juga melakukan pemeriksaan Perbarisan Kehormat lain-lain pangkat. Bacaan Ikrar diketuai PgB Qalam bin Abdul Halim juga dilaksanakan dalam majlis ini.
Dalam ucapan Pengarah turut membacakan perutusan YAS Ketua Pengarah JBPM. Justeru itu, Pengarah turut memberikan kata-kata positif kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan yang hadir bagi Tahun Baharu yang akan kita lalui pada Tahun 2024 ini.
Pengarah berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada 3 individu yang telah memberikan khidmat bakti kepada JBPM Negeri Selangor serta Penyampaian sijil “Teman Pili Bomba” kepada 6 individu yang sentiasa komited terhadap penjagaan Pili Bomba.
Pemakaian tanda pangkat kepada 3 Pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke Gred KB22 Pegawai Bomba Kanan II.
Pengarah juga turut menyampaikan sumbangan kebajikan daripada 3 Pertubuhan dalam jabatan iaitu dari KOBOPEM, KESATUAN dan Persatuan kebajikan dalam membantu ahlinya bagi meringankan beban kewangan mereka.