Pada 8 Februari (Khamis) jam 3.00 petang telah diadakan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti Air di Homestay bertempat di Zanas Villa Homestay, Lot 7788, Jalan 7, Kampung Baru Lanjut, Sepang, Selangor
Kempen telah dihadiri oleh PPjB Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain, Ketua Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam JBPM. Turut serta PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor, Pegawai Cawangan Kesedaran Keselamatan Awam Ibu Pejabat, Pegawai Cawangan Kesedaran Keselamatan Awam Negeri Selangor dan Pegawai Zon 5.
Aktiviti yang dijalankan ialah :
- Taklimat kempen kesedaran keselamatan kebakaran dan keselamatan aktiviti air
- Cara Penggunaan Alat Pemadam Api
- Edaran Brosur Keselamatan Kebakaran
- Edaran Brosur Keselamatan Aktiviti Air
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi sidang media