BUKIT JELUTONG, 9 Ogos 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas dan Terima Tugas Ketua Balai JBPM Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor harini. Penyerahan Nota Serah Tugas dan Terima Tugas Ketua Balai turut dihadiri Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Pegawai Kanan yang terlibat bagi menjayakan Majlis tersebut.