BBP BUKIT JELUTONG, 5 Jun 2024 – Bahagian Latihan JBPM Negeri Selangor sebagai urusetia negeri telah melaksanakan Program Intervensi Pengurusan Berat Badan dan Wellness Hub JBPM Negeri Selangor bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.
Program yang melibatkan lebih 80 orang peserta ini terdiri daripada pegawai bomba seluruh negeri Selangor.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah hadir menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir adalah Doktor Noriah binti Ismail, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan wakil-wakil pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Antara aktivti yang diadakan sepanjang program ini adalah pemeriksaan berat badan dan BMI, pemeriksaan kesihatan , ujian larian, serta ceramah kesihatan.