31 Mei 2024, Bukit Jelutong – Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Cawangan Selangor kali ke 24 telah diadakan di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Turut hadir di majlis tersebut TPgB II Kamarul Beza bin Mohammed Kassim, Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia.
Didalam mesyuarat tersebut 11 orang Ahli Jawatankuasa baru telah dilantik bagi meneruskan Pengurusan Kesatuan Cawangan Selangor Sesi 2024-2026.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail juga telah menyerahkan Mock Cek Wang Pampasan kepada waris Pegawai Bomba yang meninggal dunia berjumlah RM44,000.00 dan bantuan bagi Penyakit Kritikal Pegawai Bomba BBP Pelabuhan Klang berjumlah RM22,000.00