KAJANG, 11 Julai 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri, KPKT bersama rombongan adakan Lawatan Mengejut ke Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, pada masa yang sama sesi pemilihan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Langat bagi persiapan Pertandingan Kadet Bomba Peringkat Negeri Selangor.
Sesi Pemilihan Kadet Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Langat ini disertai lebih 300 orang pelajar dan murid dari 36 buah sekolah dibawah jagaan PPD Hulu Langat.
Ketibaan YB Menteri disambut oleh Ketua Zon 4SL, PgKB I Shahrin Yusmar bin Mat Yusof bersama Ketua Balai BBP Kajang, PKPgB Jaslizad bin Jalil.
YB Menteri juga sempat meluangkan masa bersama rombongan melihat perjalanan sesi pemilihan Kadet Bomba dan Penyelamat yang sedang berlangsung. YB Menteri juga mengambil kesempatan beramah mesra dan bergambar bersama jurulatih, guru pengiring dan para pelajar.