KLANG, 14 Julai 2023 – Menteri KPKT, YB Tuan Nga Kor Ming hadir ke Pulau Ketam bagi menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih KPKT Ke Pulau Ketam, Negeri Selangor.
Turut hadir Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin bersama YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail.
YB Menteri juga telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Sukarela Pulau Ketam dan menyampaikan Mock Cek serta bantuan baju operasi kepada pasukan bomba sukarela bagi memastikan kesiapsiagaan dan keselamatan kebakaran di Pulau Ketam lebih terjamin.