RAWANG, 14 September 2023 – Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah diadakan Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah ke Zon 6SL Hulu Selangor. Majlis disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Ketibaan YS Pengarah, diiringi Ketua Zon bagi menerima Tabik Hormat dari Pasukan Kawalan Kehormatan Suku Zon 6SL Hulu Selangor, JBPM Negeri Selangor.
Turut hadir mengiringi Lawatan Kerja Rasmi YS Pengarah adalah YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Wakil Bahagian, Ketua Zon dan Pegawai-pegawai Zon 6SL Hulu Selangor.
Selepas nyanyian 3 buah lagu, Majlis diteruskan dengan sesi dialog YS Pengarah bersama Pegawai dan anggota Zon 6SL Hulu Selangor.
YS Pengarah turut merasmikan Laman Kebuniti Zon 6SL Hulu Selangor dan menyempurnakan sesi penanaman pokok bersama YBhg. Timbalan Pengarah.
Sempena Lawatan Kerja Rasmi ini juga YS Pengarah turut merasmikan Bilik Vokal Zon 6SL Hulu Selangor yang diuruskan oleh Ketua Zon sendiri.
Sebelum berakhir Majlis Lawatan YS Pengarah dan Timbalan Pengarah sempat menandatangani buku lawatan dan bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan Zon.
Wan Md Razali Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Rawang Bomba Zon Hulu Selangor