BUKIT JELUTONG, 17 Ogos 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama PPjB Nor Arifin bin Kamari Timbalan Pengarah serta PgB Zulfikar bin Jaafar, Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan rakan strategik dari pihak pengurusan Telekom Malaysia.
Pertemuan ringkas tersebut telah diadakan di Pejabat YS Pengarah membincangkan isu-isu berbangkit dan pengurusan talian Telekomunikasi di JBPM Negeri Selangor.
Turut dibincangkan isu-isu keselamatan kebakaran di premis-premis milik Telekom Malaysia dan latihan keselamatan kebakaran bagi kakitangan Telekom Malaysia.
Pihak Pengurusan Telekom Malaysia yang hadir diketuai oleh Encik Nor Azman Azit (Penolong Pengurus Besar), Puan Hasmah Aris (Pengurus Akaun) dan Puan Siti Fairuz Mustafa (Pengurusan Pelanggan).