SHAH ALAM, 22 Ogos 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 1SL Shah Alam, Ketua Balai BBP Shah Alam, Ketua Balai BBP Kota Anggerik serta Pegawai Zon 1SL Shah Alam Hadir Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari Bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu dan Bacaan Doa Serta lafaz Ikrar Rukun Negara oleh semua Penjawat Awam Peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga menyampaikan ucapan dan amanat pertamanya sebagai YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Ke-17 bagi penggal baru kepada semua penjawat awam Negeri Selangor yang hadir untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan Negeri Selangor untuk terus maju jaya.
YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga turut menyempurnakan penyerahan bendera Malaysia kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan merasmikan program kibaran Jalur Gemilang sempena bulan Kebangsaan 2023.