BUKIT JELUTONG, 20 Mac 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Pengurusan Gamuda Land, Funpark Rawang bertempat di Bilik Mensyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Dalam perjumpaan tersebut YS Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Gamuda Land, Funpark Rawang berkaitan keselamatan Kebakaran, termasuk latihan kebakaran dan penyelamatan dan garis panduan kecemasan termasuk langkah-langkah keselamatan serta perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada Encik Mohd Faizal bin Baharom, Manager Health Safety and Compliance Gamuda Land, Funpark Rawang dan bergambar kenangan bersama-sama.