BUKIT JELUTONG, 6 Februari 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat Airod Sdn Bhd ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
YS Pengarah menyambut baik kehadiran Mej Jen Dato’ Ismail bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Mej Jen Dato’ Sardon bin Hassan, General Manager AIROD SDN BHD.
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Pengurus AIROD SDN BHD berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Kerua Balai Kota Anggerik JBPM Negeri Selangor.
Mej Jen Dato’ Ismail bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Mej Jen Dato’ Sardon bin Hassan, General Manager AIROD SDN BHD. menandatangani buku pelawat dan bergambar kenangan bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.