PBS Tanjung Sepat, 3.2.2024: Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan kunjungan ke atas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Sepat, Selangor pada petang ini.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor turut hadir bersama dalam kunjungan ini.
Turut hadir, PPON JBPM Negeri Selangor, Ketua Zon 5 Selangor, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Negeri Selangor, Ketua Balai Banting dan Ketua Balai Sepang.
Dalam sesi kunjungan itu, YAS Dato’ turut melakukan pemeriksaan ke atas jentera PBS bagi meninjau kenderaan yang digunakan untuk menjalankan operasi berada dalam keadaan baik.
YAS Dato’ turut berkesempatan mengadakan sesi bual bicara bersama PBS di sini untuk berkongsi maklumat dan pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang relevan berkaitan PBS.