KLANG, 6 September 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Pejabat Datuk Bandar Diraja Klang bagi Program Kunjung Hormat ke atas YBhg. Datin Paduka TPr. Noraini binti Roslan bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Tingkat 6, Klang, Selangor.
Turut hadir PgKB II Mohd Yunus bin Ibrahim, Ketua Zon 3, PgB Halif bin Mohd Khir Juhari, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor.
Kunjung Hormat ini bagi bertukar-tukar pandangan bersama rakan strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bagi penghapusan bahaya kebakaran serta Program Komuniti Sejahtera khususnya di kawasan Klang Selangor antara perkara yang dibincangkan.