DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menyempurnakan pelepasan peserta-peserta larian International Songket Run 4.0 di kampus Management and Science University (MSU), Shah Alam.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama pengawai dan kakitangan JBPM hadir memeriahkan larian yang merangkumi kategori 5 dan 10 kilometer bermula dari kampus MSU merentasi sekitar Seksyen 13 Shah Alam.
Seramai 6,600 peserta menyertai larian edisi 4.0 ini yang bertujuan memberikan pendedahan kepada warga MSU dan komuniti berkenaan kepentingan menghargai warisan songket dari aspek busana, kraftangan serta kebudayaan.