BUKIT JELUTONG, 12 Oktober 2024 – Bertempat di Dewan Bakawali telah berlangsung Hari Sukan Negara 2024 peringkat Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor sempena Hari Sukan Negara 2024 yang ditetapkan bermula pada 11 – 13 Oktober 2024 di seluruh negara.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor serta YBrs. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama warga kakitangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor hadir menjayakan program sambutan Hari Sukan Negara 2024.
Dimulakan dengan tarian senam robik yang diketuai oleh tenaga pengajar jemputan bagi rengangan sebelum memulakan acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara sukan pingpong dan badminton beregu campuran antara bahagian dan cawangan di peringkat Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pangarah bersama Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan serta bergambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Selangor.