BUKIT JELUTONG, 25 September 2023 – YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Selangor mempengurusikan Mesyuarat Pembukaan bagi Audit kali ini yang bermula hari ini sehingga 27 September 2023.
Turut hadir pada Mesyuarat Pembukaan Audit kali ini adalah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Ketua Cawangan Kewangan, Pegawai Unit Pembanguan JBPM Negeri Selangor bersama Pegawai dan Kakitangan Cawangan Kewangan serta 3 Pegawai Auditor dari Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.
