BUKIT JELUTONG, 22 Jun 2023 – Bengkel Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pasukan Emergency Medical Rescue Services Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor seramai 30 Pegawai EMRS terlibat dari balai yang mempunyai unit EMRS. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari bermula 21 Jun hingga 22 Jun 2023. Penceramah Bengkel PPgB Noorhamidi bin Ali dari JBPM Negeri Kedah. Turut sama Ketua dan Pen. Ketua Unit EMRS JBPM Negeri Selangor, TPgB II Nor Najila binti Budin dan PPgB Mohd Azril bin Abd Kadir. PPjB Murugiah a/l Muthusamy dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut hadir bagi memberi kata kata semangat kepada peserta.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pegawai EMRS JBPM Negeri Selangor dalam memberi perkhidmatan perawatan kecemasan awal yang lebih profesional dan beretika.