SHAH ALAM, 19 Julai 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama-sama Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dijemput menyertai Program Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Tahun 1445H/2023M.
Majlis yang diadakan ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Raja Muda Selangor bertempat di Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam, Selangor.