Pihak bomba dari Pejabat Zon Sibu, diketuai PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Bomba Zon Sibu telah membuka Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) di lokasi kebakaran rumah panjang RH Jungan Batu 36 Jalan Sibu Selangau. PSPI bomba dibuka bagi membantu menyelaras bantuan yang diperlukan oleh mangsa kepada mana-mana agensi yang berkaitan.
Pihak Bomba membantu mendapat dan mengumpulkan jumlah mangsa serta akan membantu mengeluarkan surat pengesahan kebakaran sekiranya mangsa ingin membuat apa apa urusan dengan jabatan kerajaan untuk urusan dokumen pengenalan diri atau apa apa urusan dgn lain lain agensi
Gambar : Ketua Bomba Zon Sibu bersama dengan Residen Sibu dan pegawai-pegawai agensi lain
Gambar : Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah panjang Gambar : Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selangau, PBT II Mohd Shukri bin Ab. Rahim, sedang memberikan taklimat ringkas berkaitan keperluan penting kepada mangsa