Satu simulasi latihan operasi bencana melibatkan jumlah mangsa yang ramai dalam sebuah kemalangan jalanraya melibatkan sebuah Lori Tanker membawa muatan minyak diesel dan sebuah Bas Ekspress telah diadakan di Indoor Stadium, Sibu.
Sebanyak 7 agensi kerajaan dan swasta telah terlibat di dalam latihan ini. Tujuan latihan adalah untuk menyelaraskan tindakan operasi dan keberkesanan komunikasi antara agensi semasa operasi dijalankan sekiranya berlaku kejadian sebenar. Ini bagi membiasakan pegawai dan petugas setiap agensi untuk faham fungsi dan peranan masing-masing.
Ketua Balai BBP Sg Merah, TPgB II Abdul Mutalif B. Ja’afar bersama Ketua Balai BBP Sibu Sentral, PKPgB Suna B. Hj. Kaha telah mengetuai dan menyelaras latihan bersama agensi lain yang terlibat.