Saringan Kesihatan Dan Kecergasan Bagi Program Wellness Hub JBPM Negeri SarawakSaringan Kesihatan Dan Kecergasan Bagi Program Wellness Hub JBPM NEGERI SARAWAKIbu Pejabat, JBPM Negeri Sarawak, 10 Mei 2024Saringan kesihatan dan kecergasan telah diadakan bagi memilih peserta yang bakal mengikuti program I Fit and Eat Right (IfitEr) Wellness Hub yang akan berlangsung selama 6 bulan.Program Wellness Hub mendokong usaha Kerajaan Malaysia di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu bertujuan untuk mempromosi budaya hidup sihat dan mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.Program saringan telah diadakan bermula jam 9.00 pagi dengan penglibatan seramai 56 orang peserta yang telah melalui tapisan berdasarkan jumlah BMI dan seterusnya akan melalui tapisan kedua daripada pihak KKM.Penyerahan sijil telah disampaikan oleh Puan Lilis Suriani binti Razali, Ketua Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Bomba Sarawak sebagai simbolik pelancaran program Wellness Hub JBPM Negeri Sarawak.Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Bomba Sarawak, PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Puan Christy Alexander, Ketua Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan.