Kuching, 10 Mei 2024
Friar Don Don Romero Ramerez OFM, Rektor Paroki Gereja Katolik Santa Anna Kota Padawan merayakan Misa Khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2024 pada pagi tadi.
Seramai 60 orang pegawai bomba dan pegawai lain-lain pangkat yang bertugas Ibu Pejabat, Pejabat Zon dan Balai menghadiri misa khas tersebut. Turut diadakan ialah simbolik pemotongan kek Hari Bomba.
Hadir mengetuai program tersebut ialah PgKB I Jangan anak Muling, Ketua Zon 1 Bomba Sarawak.