PROGRAM KESIAPSIAGAAN BENCANA BANJIR KAWASAN DUN N8 SATOK

Kuching, 13 Januari 2024

Program telah disertai oleh YB Dato Haji Ibrahim bin Haji Baki, ADUN N.8 Satok bersama pemimpin² masyarakat setempat dan agensi² pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah, PDRM, JBPM, APM, JKM, LSS dan DBKU. Tentatif program dimulai dengan ujian aset di air (bot), dengan menyusuri Sungai Sarawak dari Pangkalan Sungai Lajim hingga ke Jeti Kpg Segedup. Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat daripada Pejabat Daerah Kuching dan kemudiannya sidang media di Dewan Masyarakat Hj Kamaruddin Kpg Segedup. Pasukan Bomba diketuai oleh TPgB II Tan Min Chai, Ketua BBP Padungan. kredit BBP Padungan

English EN Malay MS
Skip to content