MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN JAWATANKUASA BOMBA SARAWAK RUN 1.0 | Kuching, 16 Januari 2024
Majlis Makan Malam Penghargaan Bomba Run 1.0 telah diadakan di Seri Songket Restaurant, Serapi Hotel, Kuching malam ini. Majlis telah disempurnakan oleh YS Datu Khiruddin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Penganjur Bomba Run 1.0. Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyampaikan penghargaan kepada seluruh pegawai yang terlibat dalam program tersebut dan berharap agar komitmen dan kecemerlangan dapat diteruskan pada Bomba Run 2.0 yang dijadualkan pada 29 September tahun ini.