12 April 2023 (Rabu) BBP Sibu Sentral
Program Agihan Bubur Kacang anjuran BBP Sibu Sentral kepada pengguna yang melalui Jalan Central bersempena Bulan Ramadhan 1444H sebagai salah satu acara wajib bersedekah disempurnakan oleh Ketua Zon 4 Swk, PgKB I Ts. Andy Anak Alie bersama Ketua Balai, BBP Sibu Sentral PKPgB Suna Bin Hj Kaha. Turut serta memeriahkan program Pegawai Kanan Zon serta anggota balai.