BBP Sarikei, 08.April 2023@ Sabtu, 0900 pagi – CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN FIRE POINT

CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN FIRE POINT

Mengadakan ceramah kesedaran keselamatan kebakaran di premis kediaman Rh Panjang Rosyvia anak Ubak (16 pintu) di kawasan Sare. Aktiviti berkenaan adalah kerjasama bersama Persatuan Tuai Rh Panjang Kawasan Sarikei. Seramai 37 org penguhuni yang hadir dan diantaranya adalah 8 Tuai Rumah yang turut bersama dalam aktiviti berkenaan. Turut hadir bersama konseler Anthony, konseler Ling chai yun dan konseler Juen mewakili Adun N.45 Repok, Aktiviti dimulakan secara teori dengan Pengenalan Kesedaran Kebakaran dan Peranan Komuniti sekiranya berlaku bencana, yang disampaikan oleh Ketua Balai dan seterusnya perkongsian berkaitan Pencegahan Kebakaran yang disampaikan oleh PBK I Hasman bin Bakar. Selesai aktiviti teori , latihan pemadaman kebakaran telah diadakan secara praktikal tatacara mengendalikan kebakaran dapur yang dikendali oleh PBK II KUP Muhammad Sufian bersama PBB Augustine silang. Praktikal juga dilakukan oleh peserta yang terlibat. Diakhir aktiviti diadakan majlis ringkas bagi penyerahan *1 unit* alat pemadam api sebagai *”Fire Point”* yang disampaikan oleh Ketua Balai kepada Tr Rosyvia anak Ubak lokasi perlaksanaan aktiviti. Aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingin berlaku.

English EN Malay MS
Skip to content