Kuching, 30 Mei 2022
PgKB I Mohamad Fauzi Hj. Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Bomba Sarawak ditemubual dalam rancangan Sejahtera Asia, TVS pagi ini. Tajuk yang dikupas adalah berkenaan dengan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2022 selain persediaan jabatan dalam menghadapi musim perayaan. Beliau turut menyerahkan risalah kempen kepada pihak TVS. Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Hari Gawai Tahun 2022 dijadualkan akan diadakan pada hari ini dan akan dilancarkan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak.
tvs1 tvs5 tvs4 tvs3 tvs2