Kuching, 30 Mei 2022
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Hari Gawai 2022, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bertempat di Ibu Pejabat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan penghargaan kepada jabatan atas komitmen dalam memberikan kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat di negeri ini. Terdahulu, beliau turut menyerahkan sijil Celik SURI dan Ikon Pegawai Bomba Wanita SURI kepada PBK II (KUP) Huzimah Saili. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Mohamad Fauzi Hj Moht Kifli Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran.
dg7 dg9 dg8 dg6 dg5 dg4 dg3 dg2 dg17 dg16 dg15 dg14 dg13 dg12 dg11 dg10 dg1 dg7 1 dg7 2 dg9 1 dg7 3