

Selangau, 31 Januari 2025
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba Malaysia (PERISMA) Zon Sibu telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban kepada mangsa banjir di Selangau dengan mengumpulkan pakaian terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di PPS SJKC Tong Ah, Selangau.
Pakaian terpakai tersebut diserahkan kepada Tuan Yalin DO Selangau. Hadir bersama dalam penyerahan pakaian tersebut PgKB I Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon 4, Sarawak serta pegawai kanan yang lain.
UPA SARAWAK