




Bilik Gerakan Negeri (BGN)
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah hadir mesyuarat khas bagi pengurusan bencana Peringkat Negeri yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
YS Pengarah telah memaklumkan menghantar anggota tambahan serta aset bantuan ke Bintulu bagi membantu pasukan penyelamat sedia ada di Bintulu. Pembekuan dan penarikan cuti anggota juga dilaksanakan bagi memastikan kesiapsiagaan penuh untuk menangani bencana banjir di Sarawak.
Turut hadir dalam mesyuarat khas tersebut PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Sarawak.
UPA SARAWAK