Bagi melestarikan lagi pembudayaan EKSA di peringkat JBPM Negeri Sarawak, JK Induk EKSA telah melancarkan Pertandingan Pengiktirafan Dalaman Pembudayaan EKSA yang telah berlangsung sepanjang tahun 2024 yang lepas. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 sesi atau kawasan yang telah berlangsung sepanjang tahun 2024 yang lepas dan telah disertai oleh setiap bahagian, zon dan juga balai di seluruh Negeri Sarawak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan diharapkan pembudayaan EKSA akan terus dilestarikan di setiap peringkat JBPM Negeri Sarawak.







