Kuching, 6 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 1 (Kuching) JBPM Negeri Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 1 JBPM Negeri Sarawak, TPgB II Ts. Mohamad bin Meramit, Ketua Balai BBP Tabuan Jaya dan bersama pegawai-pegawai bertugas.
Seterusnya, YS Pengarah melawat kawasan Pejabat Zon 1 dan balai sambil memeriksa keadaan fizikal kenderaan. Beliau seterusnya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat Pejabat Zon 1 dan BBP Tabuan Jaya.
Hadir sama ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.
Pejabat Zon 1 JBPM Negeri Sarawak
Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya
UPA Bomba Sarawak













