fp1 fp5 fp4 fp3 fp2
YB Abdul Yakub Arbi, ADUN N.58 Balingian menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Bomba Komuniti, Fire Point Dan Program Suri Daerah Kecil Balingian Tahun 2022 di Balai Bomba & Penyelamat Mukah .
Seramai 66 orang peserta daripada 22 JKKK Kampung dan Rumah panjang telah terlibat pada kali ini. Semua peserta telah berkampung di Balai Bomba dan Penyelamat Mukah telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti merangkumi kelas teori dan praktikal mengenai asas keselamatan. Selain itu, peserta program juga diberi pendedahan untuk merasai sendiri tugas sebagai seorang anggota bomba dan menyarung sendiri Baju Api Bomba serta memadam kebakaran melalui aktiviti simulasi. Melalui aktiviti seumpama ini, masyarakat akan lebih memahami tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada masyarakat.
Program ini adalah kolaborasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Kumpulan Press Metal Sarawak Sdn Bhd. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Puan Nina Melling, Manager for Communications and Public Relations Press Metal Metal Sdn Bhd