
clc1 
clc9 
clc8 
clc7 
clc6 
clc5 
clc4 
clc3 
clc2 
clc19 
clc18 
clc17 
clc16 
clc15 
clc14 
clc13 
clc12 
clc11 
clc10
YB Dato Dr. Sri Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menyempurnakan Majlis Perlancaran CLC JBPM Negeri Sarawak di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang petang ini.
Penubuhan CLC yang mendapat kerjasama serta kolaborasi daripada Yayasan Farley ini adalah bagi menyediakan kemudahan pembelajaran kepada komuniti khususnya kepada kanak-kanak mengenai keselamatan kebakaran.
Beliau turut berkesempatan melihat persediaan jabatan dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) selain menyerahkan sijil Hero Komuniti Bomba kepada Pasukan Bomba Sukarela Kampung Simpok, Sijil Teman Pili Bomba, Sijil Penyertaan Pelajar Sekolah dan Kelab Keselamatan Kanak Kanak 3K. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Encik Eijing Lau, Presiden Yayasan Farley, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Mohamad Fauzi bin Hj Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran merangkap Pengerusi Program.
