rim4 rim3 rim2 rim1
3 buah motorsikal RIM telah diserahkan oleh JBPM Negeri Sabah kepada JBPM Negeri Sarawak petang ini bertempat di Pejabat Zon 6 Sarawak. Penyerahan tersebut telah diketuai oleh PgKB II Kenneth Wilfred, Advisor RIM Sabah kepada PKPgB Muhd Mirza Dzalmira bin Miraj, Advisor RIM Sarawak dan disaksikan oleh PKPgB Terry Robson Florence, Wakil Ketua Zon 6 Sarawak. Ketiga tiga buah motorsikal jenis Kawasaki Versys 650 tersebut akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central bagi tujuan operasi kebombaan dan penyelamat.